IP

Friday, August 20, 2010

Upgrade’ perisian anda dengan cara mudah





Saya kerap juga ‘upgrade’ aplikasi pada komputer saya, seperti Firefox, Chrome, CCleaner dan sebagainya. Kerapkali bila menjalankan ‘upgrade’ kita akan berdepan dengan pilihan ( yang telah pun ditandakan untuk kita pada kotak-kotak berkenaan ) mengenai toolbar browser dan sebagainya.

Kini anda boleh ‘upgrade’ perisian anda tanpa perlu pening kepala pasal semua itu. Caranya ialah dengan menggunakan khidmat Ninite.com. Ninite.com boleh membantu anda ‘upgrade’ 58 aplikasi Windows.

Harus diberi perhatian bahawa khidmat ini hanya boleh dijalankan pada Sistem Operasi XP ke atas sahaja.


Setelah anda memilih aplikasi yang ingin anda ‘upgrade’ pada laman Ninite.com, anda akan diminta muatturun fail ‘installer.’

Dwiklik fail installer berkenaan dan tetingkap seperti di atas akan muncul. Biarkan sahaja ‘upgrade’ itu berjalan dan anda bolehlah membuat kerja lain

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment